mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet Gua Musang

Penubuhan Pusat Internet yang dahulunya dikenali sebagai Pusat JalurLebar Komuniti (PJK) di Gua Musang bermula pada tahun 2009. Mula beroperasi sepenuhnya pada 1hb November 2009 dan menggunakan nama Pusat JalurLebar Komuniti (PJK) Galas. Namun nama asalnya sebelum ini adalah PJK Taman Wangi, oleh kerana kedudukannya di luar kawasan nama taman tersebut, Galas merupakan nama yang sesuai kerana PJK Galas ini berada dalam Mukim Galas dalam Jajahan Gua Musang.

Tempat asal pusat internet yang dahulu adalah di perkarangan Stesen Bas Bandar Lama. Pada masa itu, kawasan tersebut menjadi tumpuan warga Gua Musang untuk mendapatkan keperluan harian serta kegiatan sosio-ekonomi semasa. Kedudukan lokasi yang strategik dengan adanya stesen bas, sekolah, Pejabat Pos, Klinik Kesihatan, Stesen minyak, kedai makanan dan peralatan, stesen keretapi (KTMB), hotel dan penginapan, serta pelbagai jenis perkhidmatan dan barangan terdapat di sekitar 5km persegi dari PJK Galas tersebut. Oleh yang demikian, sambutan dan penerimaan masyarakat setempat juga amat menggalakkan pada masa itu.

Sekarang, Pusat Internet (PI) Gua Musang telah berpindah ke satu lokasi baru yang agak jauh dari tempat lama. Jaraknya lebih kurang 8km dari tempat asal. Dikenali sebagai Kg Tanah Putih dan rata-ratanya adalah penempatan baru wujud hasil dari pembukaan tanah dan peluasan kawasan penempatan oleh kerajaan tempatan seperti Majlis Daerah dan Jajahan Gua Musang serta Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Oleh itu, lokasi ini dijangkakan menjadi satu tempat yang strategik kerana berada di pintu masuk dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu dan banyak kawasan baru telah wujud di kawasan ini. Kemudahan asas seperti sekolah, masjid dan surau, hentian R&R, premis-premis perniagaan, klinik Komuniti, bengkel dan pusat servis kenderaan serta bermacam-macam lagi mampu menjadikan lokasi ini maju dan berdaya saing.
 
 
Gambar Suasana Pusat Jalurlebar Komuniti Gua Musang (PJK) 2009 – 2014




Gambar Suasana Pusat Internet Gua musang (PI1M) 2015 – KINI)