Mungkin ramai tidak mengetahui ada sejarah disebalik nama Gua Musang. Mengikut cerita lama, ia mempunyai kaitan dengan gua batu kapur yang sudah lama menarik kunjungan ramai pelancong. Menurut cerita orang dulu-dulu, pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah gua di Gua Musang ini. Di dalam gua itu terdapat seekor musang yang besar dan seekor ayam. Mereka boleh hidup berbaik-baik antara satu sama lain. Maka nama tempat ini pun dinamakan Gua Musang.