mcmc
Maklumat Pi1M

Maklumat Pi

SELAMAT DATANG KE
PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)
GUA MUSANG

PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) Cawangan Gua Musang, Kelantan mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman web kami.

PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence.

Program ini bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Untuk tujuan ini, PEDi cawangan Gua Musang telah dilengkapi dengan kemudahan internet jalur lebar (broadband) & peralatan IT terkini bagi membolehkan masyarakat setempat dalam daerah-daerah Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) mendapatkan maklumat, belajar menggunakan internet, dan berkomunikasi menggunakan perkhidmatan yang mudah dengan kos yang paling rendah. Di samping itu, Pi turut memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan di Mukim Galas agar setaraf dengan masyarakat bandar masa kini.

Antara program yang ada di PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) Gua Musang adalah

1. Program Dashboard Komuniti.

Program ini mempuyai pelbagai platform antaranya MyKomuniti, MySoal, MyHealth, MySkool, MyShop, My Ebuku.

MyKomuniti adalah hebahan antara komuniti setempat yang berlaku dikawasan terdekat, contohnya hebahan aktiviti gotong royong.

MySoal pula aduan penduduk kampung kepada pihak berkuasa yang terlibat seperti kerosakan jalan di kampung, penduduk setempat boleh membuat aduan melalui atas talian.

MyHealth adalah untuk kesihatan diri dengan menggunakan peralatan di pusat internet untuk menguji tekanan darah dan berat badan dengan membuka akaun Ihealth secara percuma ia boleh merekodkan data dan disimpan untuk tujuan rujukan akan datang kepada pengguna.

MySkool untuk hebahan antara ibubapa dan sekolah yang terdekat supaya maklumat disampaikan dengan lebih cepat terus kepada ibubapa penjaga.

MyShop adalah satu ruangan kedai atas talian untuk komuniti setempat dan seluruh malaysia untuk memasarkan barangan jualan secara percuma.

MyEbuku pula kedai buku secara atas talian yang akan dijual kepada komuniti yang menggunakan dashboard ini.

Progaram dashboard ini boleh di akses pada pautan ini http://dashboard.pi1m.my/ hanya perlu menjadi ahli untuk membolehkan akses.
Kepada Yang berminat Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh berhubung dengan Petugas Pusat Internet.

2. Program Klik Dengan Bijak (KDB)

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

– Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

– Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

– Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

– Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

KESELAMATAN (Saver)

– Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat

KEWASPADAAN (Smarter)

– Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)

TANGUNGJAWAB (Responsible)

– Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.

3. Kursus Keusahawanan seperti shopee, lazada, tiktok dan lain – lain.