
Pada 20 febuari 2025 YB Fahmi Fadzil bersama YB Teo Nie Ching telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan ALIFE yang mewakili penganjur konsert serta syarikat-syarikat jualan tiket utama. Turut hadir dalam sesi ini ialah Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Datuk Azman Adam, serta Pengarah Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan, Tn. Zubir Hamsa.
Perbincangan tertumpu kepada mekanisme sedia ada bagi bayaran balik akibat pembatalan konsert serta hak pengguna di bawah undang-undang perlindungan pengguna. Selain daripada ejen jualan tiket, pengguna juga boleh mendapatkan pampasan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna, yang akan menilai dan menentukan kelayakan tuntutan.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam melindungi hak pengguna serta memastikan mekanisme pampasan yang adil dan berkesan dapat dilaksanakan bagi semua pihak yang terlibat.
Sumber Berita
FB: https://www.facebook.com/share/p/1ERPbhZUUe/