Masjid Razaleigh yang direka menyerupai Masjidil Haram di Makkah dan terletak di Bandar Lama, Gua Musang mula di bina pada april 2016 dan mula dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 1 April 2022.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata masjid bernilai RM28 juta itu bakal menjadi mercu tanda baharu di Kelantan selain tarikan pelancongan dan ibadah di kawasan pedalaman negeri itu.
“Masjid ini mampu menampung lebih 3,000 jemaah tampil dengan reka bentuk unik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin khas. Ia dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter serta tujuh kubah, menjadikannya antara masjid paling ikonik di negeri ini.
Bagaimanapun, Tengku Razaleigh memaklumkan perancangan awal untuk membina replika Kaabah tidak dapat dilaksanakan. Sebagai alternatif, pihak pengurusan akan menggunakan skrin LED yang memaparkan ayat-ayat suci al-Quran.
Masjid berkenaan turut menyediakan pelbagai kemudahan termasuk ruang solat yang luas, bilik mesyuarat, bilik kursus, dewan makan, bilik imam dan bilal, serta dua ruang pengurusan jenazah.
“Ruang tengah masjid ini juga sesuai digunakan untuk kursus haji, menjadikannya pusat aktiviti keagamaan dan komuniti setempat,” katanya.
