mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI JUN 2025 – KOMUNITI MADANI

Tarikh : 21 Jun 2025
Masa : 10.00 Pagi – 1.00 Ptg
Tempat : NADI GUA MUSANG

Tujuan

  1. Meningkatkan Kesedaran Tentang Ancaman Siber
    Memberi kefahaman asas tentang risiko keselamatan dalam penggunaan internet dan cara melindungi maklumat peribadi.
  2. Menggalakkan Literasi Digital di Kalangan Komuniti
    Mendidik komuniti supaya lebih celik teknologi, selamat ketika dalam talian dan tidak mudah terpedaya dengan scam.
  3. Mengeratkan Silaturahim Komuniti Madani
    Menjadi platform pertemuan santai yang memperkukuh hubungan antara penduduk dan agensi tempatan.

 Aktiviti

  1. Sesi Ceramah & Demonstrasi Keselamatan Siber
    • Tajuk: “Lindungi Data Anda: Asas Keselamatan Siber”
    • Disertai dengan simulasi serangan siber biasa seperti phishing.
  2. Pemeriksaan Kesihatan Asas Percuma
    • Termasuk pemeriksaan tekanan darah, BMI, gula darah dan nasihat pemakanan.

Gambar Aktiviti