mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2025

Tarikh : 10 April 2025
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari
Tempat : SK Fakhry Gua Musang
Peserta : 24 Orang

Tujuan
Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan serta mendaftarkan warga pendidik dengan sistem MyDigital ID — satu identiti digital yang selamat dan sah bagi kegunaan urusan dalam talian dengan agensi kerajaan serta sektor swasta.

Aktiviti
Penerangan Ringkas:

Taklimat disampaikan berkaitan konsep MyDigital ID, kelebihan penggunaan, dan jaminan keselamatan data.

Penjelasan bahawa ia tidak menggantikan MyKad tetapi berfungsi untuk pengesahan identiti dalam talian.

Pendaftaran:

Peserta diminta memuat turun aplikasi MyDigital ID dari Google Play Store atau Apple App Store.

Proses pendaftaran dilakukan secara individu dengan menggunakan MyKad, serta pengesahan identiti melalui peranti Kiosk MyDigital ID.

Gambar Aktiviti