mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN – NADI KESEDARAN

Nama : Muhammad Aisy Iman
Umur : 13 Tahun
Ahli : 1 Disember 2019

Iman, seorang pelajar yang hanya menggunakan komputer untuk bermain permainan dan menyiapkan kerja sekolah, tidak pernah memikirkan soal keselamatan internet. Semuanya berubah apabila petugas NADI datang ke sekolahnya dan memperkenalkan kelas serta webinar Kempen Internet Selamat.

Dalam sesi tersebut, Aiman mula memahami risiko seperti penipuan dalam talian, pencurian data dan bahaya berkongsi maklumat peribadi. Kesedaran baharu itu mendorongnya mengemas kini kata laluan, mengaktifkan ciri keselamatan dan menjadi lebih berhati-hati ketika melayari internet.

Melihat perubahan positifnya, petugas NADI menggalakkan Aiman menyebarkan pengetahuan itu kepada rakan-rakan. Kini, Aiman menjadi contoh pelajar celik siber yang lebih bertanggungjawab dan turut membantu meningkatkan kesedaran keselamatan internet dalam komuniti.