mcmc
Rekreasi & Pelancongan

BUKIT DURIAN BANDAR UTAMA GUA MUSANG

BUKIT DURIAN

BUKIT DURIAN

Bukit Durian antara tempat yang terbaharu yang menjadi tempat destinasi bagi penduduk berdekatan melakukan riadah pada awal pagi dan waktu petang bersama keluarga dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

Hampir setahun lalu dibuka kepada orang awam, bukit ini dikenali sebagai Bukit Durian kerana pihak pemaju perumahan telah menjadikan ladang dengan menanam pokok durian.

Apa yang menjadikan bukit ini menarik adalah dibawah bukit ini terdapat tasik dan Bukit Durian itu boleh dibuat aktiviti mendaki dan berbasikal, apabila sampai dipuncak pada waktu pagi akan kelihatan kabus yang tebal sejuk pemandangan, pada waktu petang pula tempat ini akan kelihatan bangunan dari Bandar Lama Gua Musang dan Perumahan Bandar Utama, ini yang menarik penduduk untuk berkundung di tempat ini.

Setelah dibuka untuk orang awam Bukit Durian ini sudah di kunjungi oleh ramai orang termasuk luar Daerah Gua Musang.

Harapan penduduk di kawasan sekitar supaya pihak berwajib menambah lagi peralatan di Kawasan Tasik dan Bukit Durian itu supaya dapat membuat kawasan itu lebih menarik lagi dan akan dikunjungi oleh ramai orang.