PERTANDINGAN USAHAWAN TERBAIK 2017

Maklumat Pi1M | August 6, 2017

PERTANDINGAN USAHAWAN TERBAIK PUSAT INTERNET 2017

Pihak MCMC akan menganjurkan satu Majlis Anugerah Usahawan Pusat Internet 2017 (AUPIM 2017) yang dijadual akan diadakan pada 20 September 2017 (Rabu).

Objektif penganjuran AUPIM 2017 adalah untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian usahawan di kalangan komuniti sekitar Pi disamping menyuntik semangat mereka dalam mengejar kecemerlangan ke arah pembangunan ekonomi negara.

Pencalonan bagi penerima anugerah adalah terbuka kepada semua usahawan Malaysia yang berdaftar sebagai ahli Pi dan mempunyai produk mereka sendiri.

Untuk makluman semua, hanya permohonan yang dihantar secara dalam talian sahaja akan diproses. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Ogos 2017 (Jumaat sebelum pukul 5.00 petang). 

Untuk maklumat lanjut boleh ke

Pusat Internet Gua Musang.