| Tarikh : 25 Jan 2026 |
| Masa : 3.00 Petang |
| Tempat : NADI Gua Musang |
Tujuan
- Bermain e-sukan bukan sekadar hiburan semata-mata kerana ia memerlukan disiplin masa, fokus dan latihan berterusan untuk mencapai kejayaan. Selain itu, disiplin mental amat penting bagi mengawal emosi, membina kesabaran serta memastikan kerja berpasukan dan komunikasi berjalan dengan baik. Di samping itu, penjagaan kesihatan fizikal dan etika diri perlu dititikberatkan agar pemain menjadi lebih profesional dan mampu membuktikan bahawa kejayaan dalam e-sukan hadir bersama usaha serta disiplin yang tinggi.
Aktiviti
- Sesi webinar berbentuk perkongsian dan peringatan berkaitan kesedaran ketika bermain game.
- Peserta diberi penerangan dan panduan mengenai langkah pencegahan serta amalan baik dalam e-sukan.