mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2025 : E-SUKAN AWARENESS

Tarikh : 25 MEI 2025
Masa : 10.00 AM – 11.00 AM
Tempat : NADI GUA MUSANG

MODUL 1: SCAMMER & PERANGKAP DUNIA GAMING – LINDUNGI DIRI, LINDUNGI AKAUN

Tujuan:

Meningkatkan kesedaran peserta tentang taktik-taktik penipuan (scam) yang biasa digunakan dalam dunia permainan video.
Memberi panduan praktikal untuk melindungi akaun permainan dan maklumat peribadi daripada digodam.
Membina budaya keselamatan siber dalam kalangan komuniti pemain muda.

Aktiviti:

Ceramah interaktif tentang jenis-jenis scam dalam dunia gaming (phishing, penipuan mata wang maya).
Simulasi situasi sebenar penipuan dalam permainan untuk mengenal pasti red flag.
Bengkel langkah keselamatan akaun: penggunaan kata laluan kuat, pengesahan dua faktor, dan pelaporan scammer.

MODUL 2: TOKSIK ATAU TERBUKA? – BUDAYA KOMUNIKASI SELAMAT DALAM KOMUNITI E-SUKAN

Tujuan:

Mendidik peserta tentang perbezaan antara komunikasi terbuka dan tingkah laku toksik dalam permainan.
Menggalakkan sikap saling hormat dalam komunikasi semasa dan selepas permainan.
Membina persekitaran e-sukan yang lebih sihat dan inklusif.

Aktiviti:

Forum diskusi tentang pengalaman peserta berhadapan dengan komunikasi toksik dalam permainan.
Latihan komunikasi empati dan kendali konflik dalam situasi permainan bertekanan tinggi.
Aktiviti roleplay: “Toksik vs Terbuka” – peserta berlatih memilih respons positif dalam pelbagai senario.

Gambar Aktiviti